Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Expo Sempena Program Sepakat Bestari Daerah Putatan/Penampang,

Festiva Aquaria & Majlis Pelancaran 1 Malaysia, Peringkat Negeri Sabah

PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH PUTATAN/PENAMPANG, FESTIVAL AQUARIA & MAJLIS PELANCARAN 1 MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI SABAH 2009

LPPB telah menjalankan pameran sempena ‘Program Sepakat Bestari Daerah Putatan/Penampang, Festival Aquaria & Majlis Pelancaran 1 Malaysia, Peringkat Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan. Program tersebut berlangsung selama 3hari 2malam dimana telah dirasmikan oleh YB. Datuk dr. Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen P.173 Putatan.
Menerusi pameran yang telah diadakan, LPPB berkesempatan untuk menjalankan pelbagai aktiviti promosi, merangkumi pelbagai sudut. Dengan meyertai aktiviti sedemikian, LPPB berharap agar dapat mempertingkatkan lagi komunikasi korporat di kalangan para pesaing/ jabatan-jabatan serta dalam organisasi LPPB sendiri.  
Sepanjang berlangsungnya program tersebut, petak pameran LPPB telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada orang awam yang ingin mengetahui mengenai projek-projek terbaharu LPPB.  Sebanyak 80 borang permohonan telah dijual selama 3 hari tersebut.
Bagi projek perumahan mampu milik, LPPB telah mempromosikan projek-projek berikut yang telah dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Sosio Ekonomi:-

  • Rumah Teres Kg. Ongkilan (128 unit)
  • Rumah Teres kinarut Selatan (77 unit)
  • Rumah Berkembar Kg. Sook (200 unit)
  • Rumah Teres Kg. Kallang Tenom Fasa III (204 unit)
  • Rumah Berkembar Kg. Taka Pitas (112 uint)
  • Rumah Berkembar Batu 32 Ulu Dusun (200 unit)
  • Rumah Berkembar Kinabatangan (140 unit)
  • Rumah Teres Jalan bubul Semporna (110 unit)

LPPB juga telah mempromosikan projek usahasama LPPB di Taman Bukit Sepanggar yang berharga RM616,000.
Selain itu, LPPB turut memberi sumbangan ikhlas dalam bentuk 10 buah ‘hamper’ kepada pemenang-pemenang ‘Pertandingan Bintang Sepakat Bestari 1 Malaysia’.

Back


Hakcipta Terpelihara©2008 LPPB
Hubungi Webmaster