BERITA

ADUN GESA KERAJAAN BINA LEBIH BANYAK RUMAH KOS RENDAH DI SABAH


KOTA KINABALU: Adun Luyang Hiew King Chew menggesa Kerajaan Negeri menimbang untuk membina lebih banyak rumah kos rendah seperti dahulu, bagi rakyat di Sabah.

Beliau berkata permintaan untuk rumah kos rendah dan sederhana kini meningkat disebabkan kos tinggi rumah yang dibina oleh pemaju swasta.

“Golongan pendapatan rendah sudah tidak mampu membeli rumah mereka dengan pendapatan terhad. Kini masanya untuk kerajaan melibatkan diri untuk membina rumah murah bagi rakyat. Pada masa lalu, LPPB ditubuhkan untuk melakukan tugas membina rumah kos rendah di Sabah bagi golongan pendapatan rendah yang layak memohon,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Hiew berkata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Hj Noor memaklumkan kepadanya bahawa Kerajaan Negeri merancang untuk membina 3,280 unit rumah kos rendah dalam Pelan Pusingan Keempat di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Permohonan untuk dana yang diperlukan sudah dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri untuk diluluskan.

Pada masa sama, LPPB akan bekerjasama dengan PR1MA untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Sabah, dan dua jabatan itu mencari tanah sesuai untuk tujuan tersebut.

Sesetengah kelewatan dalam pembinaan projek perumahan kos rendah yang sedang berjalan, pada asasnya disebabkan oleh pelaksanaan dan prestasi lambat pada pihak kontraktor.

Ia sebahagian besar disebabkan oleh kekangan kewangan mereka, kekurangan pengalaman dan kebolehan.

Hajiji juga memberitahu Hiew, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membetulkan dan mengawal keadaan, serta memastikan semua projek perumahan kos rendah yang dijalankan sekarang akan siap tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sekiranya kontraktor selepas menerima surat amaran masih tidak dapat menyelasaikan tugas itu, tindakan akan diambil untuk menamatkan kontrak mereka.

Kerajaan tidak akan dihalang dalam usahanya untuk menyiapkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik bagi rakyat.

Hiew berkata, kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan projek perumahan kos rendah belum lengkap disiapkan di Negeri ini, tetapi ia juga sama penting untuk mendapatkan lebih banyak dana daripada persekutuan untuk memulakan lebih banyak perumahan kos rendah.

Beliau berkata 3,280 unit tidak cukup untuk dibahagikan antara rakyat yang mahu memohon perumahan kos rendah.

Projek perumahan kos rendah akan datang boleh ditempatkan lebih jauh dari bandaraya atau pusat Bandar kerana tanah simpanan kerajaan mudah didapati.

“Rakyat tidak kisah berjalan jauh sedikit kerana terdapat lebih banyak jalan sekarang. Lagipun, tentunya ideal jika rumah kos rendah akan datang ini mempunyai bidang tanahnya sendiri untuk menanam sayuran dan buah-buahan seperti 'Enam Tiang' di Estet Perumahan Kos rendah Kepayan Ridge serta di banyak perumahan LPPB lain,” katanya. - HARIAN EKSPRES


Utama
PENAFIAN: LPPB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Dibangun dan diselenggara oleh Unit IT LPPB. Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Peta Laman Bantuan
Hakcipta Terpelihara©2012 LPPB