LAMAN UTAMA PERKHIDMATAN JAWATAN KOSONG
NOTIS JAWATAN KOSONG
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 DISEMBER 2023
AKAUNTAN W41
Nama Jawatan : AKAUNTAN GRED W41
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL
Klasifikasi Perkhidmatan : KEWANGAN (W)
Taraf Jawatan : SEMENTARA
SYARAT LANTIKAN
i. Kelayakan Masuk Ijazah Sarjana Muda
ii. Bidang / Kelayakan Khusus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Sila rujuk SKIM PERKHIDMATAN AKAUNTAN) - pautan muat turun disediakan dibawah.
iii. Gaji Permulaan WA41 : RM2,820.00
iv. Syarat Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki:

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vakasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
v. Syarat Lantikan Wajib Calon bagi lantikan hendaklah seorang:

Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
DESKRIPSI TUGAS
TANGGUNGJAWAP
  1. Membantu mengurus transaksi perakaunan.
  2. Membantu menyediakan maklumat kuantitatif yang tepat mengenai kedudukan kewangan, kecairan dan aliran tunai.
  3. Laporan keadaan keseluruhan kewangan dan kecairan kewangan.
  4. Menyediakan ramalan belanjawan.
  5. Mengeluarkan penyata kewangan mengikut tempoh ditetapkan.
  6. Mengendalikan penutupan bulanan, sukuan dan tahunan.
  7. Menyelaraskan akaun belum bayar dan belum terima.
  8. Menyediakan urus kira dan penyata untung rugi.
  9. Mengukuhkan data kewangan dan menyediakan sandaran pangkalan data (Database Backups)
  10. Membantu menjalankan Audit dan Pemeriksaan ke atas transaksi kewangan, dokumen dan menyelesaikan kesilapan (mengaudit dokumen dan prosuder kewangan).
  11. Membantu Pengurusan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan.
  12. Tugas yang diarah dari masa ke semasa.
KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
  1. Memiliki pengalaman dalam bidang perakaunan.
  2. Mempunyai pengalaman dalam simpan kira-kira dan kepekaan mengesan kesilapan angka (Numerical Mistakes).
  3. Pengetahuan yang baik tentang peraturan-peraturan dan prosuder kewangan termasuk prinsip terkini perakaunan yang diterima umum.
  4. Pengalaman prkatikal perisian perakaunan.
  5. Pengalaman dengan fungsi lejer.
  6. Fokus atau perhatian yang tinggi terhadap perincian dan kemahiran analisis yang baik.
  7. Kemahiran komunikasi, kemahiran komputer atau perisian komputer yang baik.
  8. Pemudahcara pengauditan berkanun.
  9. Memiliki sijil daripada institut / badan profesional perakaunan adalah sebagai tambahan.
  10. Boleh bekerja sebagai satu pasukan.
Sila klik butang dibawah untuk memuat-turun borang permohonan kerja dan Skim Perkhidmatan Akauntan
BORANG PERMOHONAN KERJASKIM PERKHIDMATAN AKAUNTAN
Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018