MAKLUMAT KORPORAT - LEMBAGA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN BANDAR

  MENU

 

Perutusan Pengurus Besar













CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi


PERUTUSAN PENGURUS BESAR


Hajah Rosnani Hj. AsmatHajah Rosnani Binti Haji Asmat
Pengurus Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan salam sejahtera.

Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari web Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai organisasi, aktiviti dan peranannya.

Web ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih dekat fungsi LPPB seperti berikut:-

Membina, memperbaiki dan menyambung sesuatu bangunan bagi maksud dijual, dipajakkan atau disewakan.

Membangunkan semua bandar baru.

Membangunkan dan memperbesarkan bandar-bandar yang sedia ada.

Membersih dan membangunkan semula kawasan-kawasan sesak.

Membangunkan kawasan-kawasan luar bandar atau pertanian bagi menempatkan semula orang-orang yang kehilangan tempat tinggal. Membangunkan projek-projek penempatan semula yang lain yang diluluskan.

Menyediakan dan mengurus skim pinjaman perumahan sebagai contoh Skim Pinjaman Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPUGBR).

Mengurus pembangunan tanah, rumah, harta dan bangunan milik LPPB.

Di harap pelanggan dan orang ramai juga dapat mengemukakan sebarang aduan dan komen dalam Web ini. Pandangan dan cadangan yang diberikan boleh membantu LPPB membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan.

Saya percaya LPPB dengan pasukan Pengurusan yang berpengalaman dan professional dengan sistem penyampaian perkhidmatan yang tinggi mampu menjadikan pentadbiran LPPB effektif dan efisyen. LPPB akan sentiasa menangani isu-isu yang melibatkan pelanggan kami.

Saya berharap mereka yang melayari Web LPPB ini akan mendapat maklumat terkini, faedah dan manafaat.

Terima kasih.

HAJJAH ROSNANI HAJI ASMAT
PENGURUS BESAR LPPB

Menu Atas

 

PENAFIAN: LPPB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Dibangun dan diselenggara oleh Unit IT LPPB. Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Peta Laman Bantuan
Hakcipta Terpelihara©2012 LPPB