LAMAN UTAMA PERKHIDMATAN PROGRAM PERUMAHAN KOS RENDAH
PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH NEGERI SABAH.

Permohonan rumah kos rendah hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan rumah rendah yang boleh didapati di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Kota Kinabalu dan di pejabat-pejabat cawangan LPPB di Sandakan dan LPPB di Tawau. Semua borang permohonan yang diterima akan diproses menggunakan Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer yang diseragamkan di seluruh negara. Di bawah sistem ini semua permohonan akan didaftarkan dan diproses menggunakan sistem pembahagian markah. Permohonan rumah kos rendah adalah terbuka sepanjang tahun. Namun penjualan dan pengagihan rumah kos rendah hanya akan dilakukan apabila pembangunan projek pembangunan perumahan telah mencapai 50% kadar penyiapan.

i. SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia;
  • Keutamaan kepada penduduk asal Sabah yang menetap di kawasan projek yang dipohon;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Berstatus berkahwin, balu, janda, duda dan bujang;
  • Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai tanggungan keluarga;
  • Jumlah pendapatan bersama suami/isteri atau bujang tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan;
  • Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan suami/isteri;
  • Projek perumahan yang dibina dalam kawasan yang diwartakan sebagai “Native Reserve” adalah hanya untuk pemohon Bumiputera Sabah sahaja.

ii. BORANG PERMOHONAN RUMAH BOLEH DIPEROLEHI:

  • Ibu Pejabat
    Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
    Tingkat 14, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas
    88400 Kota Kinabalu.
    No. Telefon: 088-287777 (Ext: 412 – Kaunter Borang).
  • Pejabat Cawangan LPPB Sandakan
    Blok A12, Lot B09, Sri Taman,
    Batu 3 ½, Jalan Utara,
    Peti Surat 1388,
    90008 Sandakan. Sabah.
    No. Telefon: 089-218719 No. Faks: 089-218719
  • Pejabat Cawangan LPPB Tawau
    Blok 15, Lot B7,
    Flet Kondominium Taman Semarak, Tawau.
    W.D.T 62 91009 Tawau.
    No. Tel: 089-714169 No. Fax: 089-714169

iii. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:

  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas;
  • Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON;
  • Sertakan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar oleh jabatan yang mengeluarkannya (e.g JPN, JHEINS dsd);
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji boleh mengemukakan surat akuan bersumpah tentang sumber dan jumlah pendapatannya;
  • Maklumat yang diberikan hendaklah benar. Seandainya didapati maklumat yang diberikan adalah PALSU, permohonan akan ditolak;
  • Pastikan setiap borang permohonan yang dikemukakan telah diberikan resit penerimaan daripada LPPB;
  • Sebarang urusan pembaharuan atau perubahan maklumat adalah PERCUMA selepas pendaftaran dibuat;
  • Jika berlaku sebarang pertukaran alamat, sila maklumkan Unit Borang, Bahagian Harta, Penjualan dan Pemasaran, LPPB;
  • Segala urusan surat menyurat dan merujuk status pemohonan hendaklah menggunakan NO KAD PENGENALAN pemohon;
  • Tempoh sah setiap pemohonan rumah kos rendah tidak MELEBIHI 5 TAHUN. Selepas tamat tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki mendaftar semula/membuat pembaharuan maklumat peribadi. Pemohon yang gagal berbuat demikian dianggap tidak berminat untuk meneruskan permohonan. Sebagai contoh, di Negeri Selangor tempoh sah pemohonan hanya 2 TAHUN SAHAJA dan di Negeri Johor tempoh sah pemohonan hanya 5 TAHUN;
Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018