BUMBUNG melambangkan tempat berlindung, hidup berkeluarga dan bekerja yang menjadi tunggak usaha LPPB sebagai agen pembangunan perumahan dan bandar.
SEROMBONG melambangkan kemakmuran hidup setiap keluarga yang menjadi teras masyarakat penyayang.
HURUF 'L' BESAR melambangkan asas yang kukuh untuk mencapai matlamat organisasi merealisasikan wawasan Negara dan hala tuju Kerajaan Negeri.
WARNA KEEMASAN ialah warna korporat LPPB yang melambangkan kegemilangan. Ia juga melambangkan aspirasi LPPB untuk menjadi aset penting kepada Kerajaan Negeri.
KONSEP 3-D menggambarkan LPPB sebagai sebuah organisasi yang dinamik, teguh dan berwibawa.