Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.
SPNS yang beroperasi sepenuhnya pada 1 September 1968, mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal dengan kakitangan seramai 5 orang. Pada tahun 1972, Bahagian Perumahan telah diwujudkan untuk mengendalikan penyelenggaraan harta dan peruntukan rumah kepada para pembeli atau penyewa.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang giat membangunkan pekan-pekan baru di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bagaimanapun, pada masa itu tidak ada agensi kerajaan khusus untuk memikul tugas penting ini. Oleh itu pelaksanaan bandar baru dijalankan secara ad-hoc oleh pelbagai agensi kerajaan, seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, anak syarikat SEDCO, Lembaga Letrik Sabah dan SPNS.
Memandangkan pembangunan secara ad-hoc menghadapi cabaran khususnya dari segi pentadbiran, pelaksanaan dan pemantauan, Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah pada 14hb. Februari 1977 di bawah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menyelaras pembangunan bandar baru dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.
Dalam usaha mengenalpasti sistem terbaik dan berkesan untuk melaksanakan pekan-pekan baru, Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah telah menghantar satu perwakilan ke England untuk mengkaji sistem yang digunakan untuk membangunkan 4 buah pekan baru di negara itu. Hasil daripada lawatan tersebut, satu laporan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah yang seterusnya mengesyorkan agar Kerajaan melantik SPNS sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semua pekan-pekan baru di Negeri Sabah di bawah satu organisasi, enakmen dan nama baharu. Maka drombakan dan penjenamaan semula itu, wujudlah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar melalui Enakmen LPPB No 20/1981.
Merealisasikan pembinaan rumah yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Merapatkan jurang sosio-ekonomi di antara penduduk bandar dan luar bandar.
Mewujudkan sinergi dalam segala usaha merancang dan melaksanakan program perumahan awam dan pekan-pekan baru di Negeri Sabah. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang komited, LPPB akan merealisasikan program pembangunan dengan cekap dan berkesan untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik serta pekan-pekan baharu yang berkefungsian, tertakluk kepada sokongan sumber-sumber seperti tanah, infrastruktur asas, dana dan sebagainya.
Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.
Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.
Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018