PROFIL

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

SPNS yang beroperasi sepenuhnya pada 1 September 1968, mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal dengan kakitangan seramai 5 orang. Pada tahun 1972, Bahagian Perumahan telah diwujudkan untuk mengendalikan penyelenggaraan harta dan peruntukan rumah kepada para pembeli atau penyewa.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang giat membangunkan pekan-pekan baru di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bagaimanapun, pada masa itu tidak ada agensi kerajaan khusus untuk memikul tugas penting ini. Oleh itu pelaksanaan bandar baru dijalankan secara ad-hoc oleh pelbagai agensi kerajaan, seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, anak syarikat SEDCO, Lembaga Letrik Sabah dan SPNS.

Memandangkan pembangunan secara ad-hoc menghadapi cabaran khususnya dari segi pentadbiran, pelaksanaan dan pemantauan, Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah pada 14hb. Februari 1977 di bawah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menyelaras pembangunan bandar baru dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Dalam usaha mengenalpasti sistem terbaik dan berkesan untuk melaksanakan pekan-pekan baru, Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah telah menghantar satu perwakilan ke England untuk mengkaji sistem yang digunakan untuk membangunkan 4 buah pekan baru di negara itu. Hasil daripada lawatan tersebut, satu laporan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah yang seterusnya mengesyorkan agar Kerajaan melantik SPNS sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semua pekan-pekan baru di Negeri Sabah di bawah satu organisasi, enakmen dan nama baharu. Maka drombakan dan penjenamaan semula itu, wujudlah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar melalui Enakmen LPPB No 20/1981.

(ENAKMEN LPPB NO 20/1981)

UNTUK MENYEDIAKAN DAN MENYEMPURNAKAN CADANGAN-CADANGAN, PELAN-PELAN DAN PROJEK-PROJEK BAGI:-

  • Membina, memperbaiki dan menyambung sesuatu bangunan bagi maksud dijual, dipajakkan atau disewakan.
  • Membangunkan semua bandar baru. Membangunkan semua dan memperbesarkan bandar-bandar yang sedia ada.
  • Membersih dan membangunkan semula kawasan-kawasan sesak.
  • Membangunkan atau membangunkan semula kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh Menteri (Kerajaan).
  • Membangunkan kawasan-kawasan luar bandar atau pertanian bagi menempatkan semula orang-orang yang kehilangan tempat tinggal oleh sebab kerja-kerja Lembaga atau projek-projek penempatan semula yang lain yang diluluskan oleh Menteri (Kerajaan).
  • Untuk mengadakan (memberi) dan mengurus pinjaman perumahan.
  • Untuk mengurus tanah, rumah dan bangunan atau harta-harta lain yang terletak hak pada atau kepunyaan Lembaga.

UNTUK MENGADAKAN (MEMBERI) DAN MENGURUS PINJAMAN PERUMAHAN.

UNTUK MENGURUS TANAH, RUMAH DAN BANGUNAN ATAU HARTA-HARTA LAIN YANG TERLETAK HAK PADA ATAU KEPUNYAAN LEMBAGA.

UNTUK MENJALANKAN SEMUA PENYIASATAN DAN KAJIAN YANG PERLU BAGI PELAKSANAAN TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN LEMBAGA.

UNTUK MEMBUAT SEMUA PERKARA YANG PERLU BAGI PERJALANAN ATAU PELAKSANAAN SEMUA ATAU MANA-MANA TUGAS DAN KEWAJIPAN LEMBAGA.

Visi

Merealisasikan pembinaan rumah yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Merapatkan jurang sosio-ekonomi di antara penduduk bandar dan luar bandar.


Misi

Mewujudkan sinergi dalam segala usaha merancang dan melaksanakan program perumahan awam dan pekan-pekan baru di Negeri Sabah. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang komited, LPPB akan merealisasikan program pembangunan dengan cekap dan berkesan untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik serta pekan-pekan baharu yang berkefungsian, tertakluk kepada sokongan sumber-sumber seperti tanah, infrastruktur asas, dana dan sebagainya.

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018