MAKLUMAT PROJEK

  UMUM

  KOMERSIL

  SOSIO-EKONOMI

  GALERI

 PROJEK PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

 

Program Perumahan Mampu Milik

Program ini menjurus kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik (kos rendah) khusus untuk golongan berpendapatan rendah. Program ini memberikan peluang kepada golongan ini untuk memiliki rumah sendiri dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih baik. Dalam usaha ini, LPPB akan terus memperoleh sokongan Kerajaan dalam bentuk dana dan subsidi yang mencukupi. Subsidi bagi pembinaan infrastruktur asas dan kemudahan awam amat perlu untuk memastikan rumah mampu milik terus dapat dilaksanakan dan dijual dengan harga yang telah ditetapkan, yang mana lebih rendah daripada kos pembangunan sebenar lebih-lebih lagi selepas kenaikan harga bahan-bahan binaan utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Pembangunan Pekan Baru

Kerajaan Nageri komited untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di Sabah dan merapatkan jurang perbezaan antara rakyat yang kurang bernasib baik di luar bandar dan berada yang tinggal di kawasan bandar.

Oleh kerana pemaju swasta berpendapat bahawa kawasan luar bandar tidak strategik untuk pelaburan kerana lokasi yang terpencil, kurang kemudahan asas dan perkhidmatan, Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memikul tanggungjawab membangunkan pekan baru, dengan LPPB sebagai penerajunya.

Sehingga Rancangan Malaysia Ke-8, Kerajaan Negeri, melalui LPPB, telah membelanjakan sebanyak RM64.85 juta untuk menyiapkan persediaan tapak, jalanraya, medan letak kereta, perparitan dan lain-lain kemudahan awam di 53 pekan baru di serata Negeri Sabah. Manakala dalam RMK-9 pula, bajet sehingga RM51.1 juta telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

 


Hakcipta Terpelihara©2008 LPPB