PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT - PENDAFTARAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

  MENU

PERKHIDMATAN











PERHUBUNGAN KAMI

Tel: +6088-287777

Faks: +6088-222670

E-mel: info@lppb.gov.my

Untuk keterangan lanjut, sila klik "Hubungi Kami".

SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA

Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) adalah satu sistem berkomputer yang digunakan untuk mendaftarkan permohonan, membuat pemilihan dan pengagihan perumahan mampu milik (kos rendah) kepada golongan yang layak.

SPT mempunyai tiga (3) perkara utama iaitu pendaftaran terbuka sepanjang masa, pemberian markah dan pemilihan bakal pembeli yang telus melalui sistem komputer.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah kos rendah adalah:

 Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah);

Berumur 18 tahun dan ke atas;

 Pendapatan isi rumah diantara RM750 hingga RM2,500;

 Tidak mempunyai rumah kediaman sendiri; dan

 Memohon melalui SPT.

Bagi negeri Sabah, SPT disesuaikan dengan Dasar Peruntukan Rumah Mampu Milik dengan menetapkan 70% kouta peruntukan diagihkan kepada Bumiputera dan selebihnya kepada golongan bukan Bumiputera.

Selain itu 20% pemilihan bakal pembeli adalah diisi oleh Jawatankuasa Pemilihan Tempatan.


Utama
PENAFIAN: LPPB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Dibangun dan diselenggara oleh Unit IT LPPB. Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Peta Laman Bantuan
Hakcipta Terpelihara©2012 LPPB