PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT - SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

  MENU

PERKHIDMATAN











PERHUBUNGAN KAMI

Tel: +6088-287777

Faks: +6088-222670

E-mel: info@lppb.gov.my

Untuk keterangan lanjut, sila klik "Hubungi Kami".

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

Skim Pinjaman Perumahan atau singkatannya, SPP merupakan skim pinjaman yang disediakan khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina rumah. Skim ini disediakan kepada seluruh rakyat Malaysia dan merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas.

Jumlah Pinjaman maksimum adalah RM50,000.00. Pinjaman RM 25,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan (faedah) manakala baki sebanyak RM 25,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%. Tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun atau umur 60 tahun.

Syarat-syarat Pinjaman adalah seperti berikut;

 Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah);

 Umur 21 hingga 60 tahun;

 BUKAN kakitangan Kerajaan, agensi, atau institusi kewangan;

 Pendapatan isirumah diantara RM750-RM2500 sebulan;

 Pemohon belum mempunyai rumah sendiri;

 Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran;

 Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insuran (takaful); dan

  Peminjam wajib menamakan Pewaris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.


Utama
PENAFIAN: LPPB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Dibangun dan diselenggara oleh Unit IT LPPB. Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Peta Laman Bantuan
Hakcipta Terpelihara©2012 LPPB