PERTANYAAN LAZIM

  MENU

PERTANYAAN


Skim Pinjaman Perumahan





Kembali


 INFORMASI

1. Apa itu Skim Pinjaman Perumahan?

Skim Pinjaman Perumahan atau singkatannya, SPP merupakan skim pinjaman yang disediakan khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina rumah. Skim ini disediakan kepada seluruh rakyat Malaysia dan merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas.


2. Dimana saya boleh memohon Skim ini?

Di Negeri Sabah, anda boleh memohon melalui LPPB. Di LPPB, Skim ini dikenali sebagai Skim Pinjaman Untuk Golongan Berpendapatan Rendah atau SPUGBR.


3. Siapa yang layak memohon Skim Pinjaman Perumahan?

Sekiranya anda Warganegara Malaysia, berumur 21 hingga 60 tahun, dan BUKAN kakitangan Kerajaan dengan pendapatan bulanan isirumah diantara RM750 hingga RM2500, anda adalah layak memohon.

4. Adakah terdapat syarat-syarat tambahan?

Pinjaman Skim ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

- Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran.
- Pemohon belum mempunyai rumah sendiri.
- Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insuran (takaful).
- Peminjam wajib menamakan Pewaris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.

5. Berapakah jumlah pinjaman dan berapa kadar faedah dikenakan?

Jumlah Pinjaman maksimum adalah RM50,000.00. Pinjaman RM 25,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan (faedah) manakala baki sebanyak RM 25,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%.

6. Berapa lama tempoh bayaran balik?

Tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun atau berumur 60 tahun.

7. Dimana saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh diperolehi di Ibu Pejabat LPPB dengan bayaran RM2 sahaja.

 

Utama
PENAFIAN: LPPB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Dibangun dan diselenggara oleh Unit IT LPPB. Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Peta Laman Bantuan
Hakcipta TerpeliharaŠ2012 LPPB