|
|
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
|
 |
 |
 |
 |
|
|
FUNGSI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
- Bertindak sebagai Penasihat kepada LPPB dan anak syarikat LPPB;
- Bertindak sebagai Pengawal-selia Pematuhan Urustadbir Korporat (Corporate Governance);
- Menyediakan Perjanjian Jual-beli rumah mampu milik, Perjanjian Sewa-beli & Perjanjian Penyewaan dengan mengenakan bayaran yuran yang minima;
- Menyediakan Perjanjian Usahasama dengan Pemaju-Pemaju Perumahan LPPB;
- Menyediakan Perjanjian Pinjaman bagi Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah;
- Memeriksa dokumen yang dikemukakan berkaitan Perjanjian Usahasama, Perjanjian Jualbeli, dan lain-lain dokumen yang melibatkan kepentingan LPPB sebelum LPPB memberi kelulusan keatasnya atau menandatanganinya;
- Memproses dokumen Perjanjian Jualbeli, Pinjaman Pembeli, Penjualan Semula dan lain-lain dokumen yang berkaitan sebelum LPPB memberi kelulusan keatasnya atau menandatanganinya;
- Mengurus pendaftaran dan pembatalan kaveat, ‘Satisfaction of Charge’, ‘Partial Satisfaction and Release’ dan lain-lain urusan berkaitan tanah di Pejabat Tanah & Ukur;
- Membuat carian maklumat syarikat, tanah, muflis dan lain-lain maklumat yang dikehendaki Pengurusan LPPB;
- Mentadbir urusan Pindah-milik geran-geran tanah individu kepada pembeli-pembeli rumah LPPB;
- Mengurus kes-kes Litigasi yang melibatkan LPPB;
- Mengeluarkan Notis-notis Tuntutan kepada pembeli dan penyewa rumah LPPB yang ingkar membuat pembayaran;
- Melaksanakan tindakan penguncian rumah, pengusiran dan pemotongan bekalan air bagi pembeli dan penyewa yang mempunyai tunggakan pembayaran rumah atau sewa rumah; dan
- Mewakili LPPB sekiranya terdapat kes Mahkamah Tuntutan Kecil atau Tribunal Pengguna.
|
 |
 |
|