LAMAN UTAMA PERKHIDMATAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
(SPPUGBR)

Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah merupakan skim pinjaman yang disediakan khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan untuk membina rumah. Skim merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah agar golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas.

Jumlah Pinjaman maksimum adalah RM50,000.00. Pinjaman dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 2% setahun. Tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun atau sehingga peminjam berumur 60 tahun.

Syarat-syarat Pinjaman adalah seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah);
  • Umur 21 hingga 60 tahun;
  • BUKAN kakitangan Kerajaan;
  • Pendapatan isirumah di antara RM750-RM2500 sebulan;
  • Pemohon belum mempunyai rumah sendiri;
  • Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran;
  • Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful);
  • Peminjam wajib menamakan Pewaris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.
Skim Pinjaman Rumah Panjang
(SPRP)

Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) adalah satu skim perumahan komuniti mampu milik yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Malaysia khususnya bumiputera negeri Sabah yang berpendapatan rendah.

Objektif:-

  • Memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada golongan B40 berpendapatan rendah yang sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.
  • Untuk membina rumah panjang baharu di atas tanah milik individu atau milik bersama keluarga di seluruh negeri Sabah.
  • Mempelbagaikan jenis perumahan di negeri Sabah dalam bentuk kemudahan pinjaman perumahan.
  • Mengekalkan konsep perumahan mengikut adat resam & budaya komuniti Sabah.

Syarat-syarat Pinjaman adalah seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah) yang berpendapatan rendah.
  • Bagi semua golongan yang bekerja sendiri termasuk kakitangan kerajaan.
  • Bekeluarga & belum memiliki rumah / rumah panjang (adalah diberi keutamaan).
  • Jumlah pendapatan isi rumah (suami & isteri) minima RM1,000 – maksima RM3,000 sebulan.
  • Jumlah pinjaman minima adalah RM50,000 dan nilai maksima tidak melebihi RM75,000 bagi satu peminjam. (Tidak termasuk perlindungan insurans).
  • Jumlah minima komuniti rumah panjang adalah 10 rumah dalam satu komuniti / 10 peminjam.
  • Tempoh bayaran balik maksima 30 tahun atau sehinggapeminjam berumur60tahun.
  • Berumur di antara 21 tahun hingga 60 tahun. (Ditawarkan pakej pinjaman 2 generasi sebagai pilihan bagi peminjam yang berumur 45 hingga 60 tahun dengan mengambil kira umur pewaris / penjamin yang lebih muda.
  • Tanah Cagaran: Tanah milik peminjam sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberikan kebenaran mendirikan rumah dan kebenaran mencagarkan tanah tersebut.
  • Rumah perlu dibina di atas tanah yang dicagarkan.
  • Pewaris / Penjamin: Menamakan waris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.
  • Skim perlindungan Insurans: Peminjam perlu mengambil skim perlindungan insurans (takaful). Bayaran adalah tertakluk kepada umur peminjam dan akan dimasukkan ke dalam bayaran ansuran bulanan.
NOTA PANDUAN PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN SPPUGBR & SKIM PINJAMAN RUMAH PANJANG
  • Pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) TIDAK pernah melantik Agen di mana-mana daerah atau membuka mana-mana Pejabat atau Cawangan Daerah bagi menguruskan Skim Pinjaman Perumahan SPPUGBR & Skim Pinjaman Rumah Panjang ini.
  • TIADA sebarang bayaran yang dikenakan semasa mengemukakan permohonan.
  • Semua permohonan diproses di Ibupejabat LPPB di alamat Tingkat 13-15, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Sila buat laporan polis jika dihubungi oleh mana-mana pihak yang mengaku sebagai Agen LPPB dan mengutip yuran.
Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018